HAIWAN REPTILIAH   Leave a comment

TOKEK : REPTILIA PALING POPULAR MASA KINI

Picture

Akhir-akhir ini gelombang populariti sejenis reptilia bergelar tokek turut di rasa di Daerah Kunak ini, terutama di kalangan anak-anak muda. Ramai yang menjadikan memburu dan menjual tokek sebagai mata pencarian.Harga tokek dikatakan mencecah sehingga RM 1 juta sekilogram dan hanya tokek seberat tidak kurang 200 gm yang ada nilai di pasaran.

Enzim yang dihasilkan oleh tokek dikatakan boleh digunakan untuk merawat penyakit AIDS. Namun begitu, belum ada kajian klinikal atau dokumentasi sah sejauh mana kebenaran dakwaan itu.Dikatakan bahawa seekor tokek seberat 64 kilogram (klik untuk maklumat lanjut) pernah ditemui di Kalabakan, Tawau dan telah dijual dengan harag RM 64juta kepada seorang pembeli yang mengekspotnya ke negeri Cina.Nama saintifik tokek ialah Gekko gecko. Ia termasuk dalam kelas haiwan reptilia dan suborder Sauria, iaitu semua jenis reptilia bersisik kecuali ular.Menurut rekod sains, tokek jantan boleh mencapai saiz antara 30 hingga 40 sentimeter manakala tokek betina pula antara 20 hingga 30 sentimeter. Berat tokek dewasa ialaha antara 150 hingga 300 gm. Jika benar tokek seberat 64 kg ditemui di Kalabakan, maka ia adalah sesuatu yang amat luar biasa.Kulit tokek berwarna kebiru-biruan atau agak kelabu dengan bintil-bintil kuning, oren, cokelat atau merah tua.   Matanya berwarna cokelat atau cokelat-kehiajuan dengan anak mata tegak memanjang.Apabila seekor tokek jantan mendiami sesuatu kawasan, ia akan mempertahankannya daripada dimasuki oleh tokek jantan lain atau apa jua jenis haiwan. Ia suka hidup bersendirian dan hanya akan berhubung dengan tokek betina pada musim mengawan. Makanan tokek yang utama ialah serangga dan haiwan-haiwan vertebrata kecil.Umur tokek biasanya mencapai antara 7 hingga 10 tahun, namun terdapat tokek peliharaan yang menjangkau usia sehingga 18 tahun.Suara tokek amat nyaring. Bunyi yang biasa didengar adalah bunyi untuk memanggil pasangan seakan berbunyi “TOKEH” atau “GEHKO”. Dari bunyi itulah nama biasa dan nama saintifik reptilia ini diberikan, yang disadur dari istilah Bahasa Melayu, Sunda, Tagalog atau Jawa.


ULAR KAPAK

Picture

Ular Kapak merupakan sejenis ular berbisa dari keluarga Viperidae. Di Malaysia, jenis ular yang tergolong dalam keluarga ini adalah semua jenis ular kapak. Ular Kapak Bodoh, Ular Kapak Sumatra, Ular Kapak Gunung, Ular Kapak Tokong, Ular Kapak Hidung Pipeh, Ular Kapak Bakau, Ular kapak Hijau. Ular dari keluarga Viperidae ini amat mudah dikenali berdasarkan kepalanya yang seakan-akan bentuk segi tiga. Di antara mata dan lubang hidungnya terdapat lubang (pit) yang berfungsi sebagai deria pengesan haba yang amat sensitif kepada haiwan berdarah panas.

Kelenjar racun ular ini terletak di kedua belah pipinya. Bisa daripada ular jenis ini adalah dari jenis racun darah (haemotoksin) dan racun sel (sitolitik) yang biasanya bertindak terhadap sistem saluran darah dan tisu yang menyebabkan berlakunya pendarahan pada mangsa sama ada di dalam atau luar tubuh.

Gigitan ular ini adalah sakit dan akan menjadi bengkak. Sebagaimana keluarga Elapidae, keparahan mangsa gigitan ular ini juga bergantung kepada jumlah racun yang disuntikkan ke tubuhnya dan juga jenis ular yang menggigit.

Mangsa gigitan ular jenis ini biasanya akan mengalami pendarahan kesan daripada luka yang berlaku pada saluran darah dan pencairan darah merah yang mana darah sukar untuk membeku. Pendarahan akan merebak serta-merta dan ia akan berterusan selama beberapa hari. Pendarahan pada gusi, muntah darah, ludah atau batuk berdarah dan air kencing berdarah adalah kesan nyata bagi keracunan bisa ular dari keluarga ini. Walaupun tragedi kematian adalah jarang, kehilangan darah yang banyak akan mengancam nyawa mangsa.

Biasanya, ular kapak akan menggetarkan ekornya apabila didekati ataupun diusik. Ekornya yang bergetar itu apabila terkena kepada rumput atau daun-daun kering akan menghasilkan bunyi yang memberi amaran bahawa ia tidak suka diganggu dan akan mematuk pada bila-bila masa sahaja.

Kedudukan taring Viperidae

Ular dalam keluarga Viperidae yang berbisa biasanya mempunyai taring yang panjang dan boleh digerak-gerakkan.

Kesan Gigitan

Antara tanda-tanda gigitan ular jenis ini ialah:

  • Sakit yang amat sangat pada tempat gigitantan (dalam masa 5 minit)
  • Bekas gigitan akan membengkak dan perubahan warna akan berlaku pada kulit dalam masa setengah jam.
  • Pendarahan yang tidak berhenti pada kesan gigitan.
  • Pendarahan pada gusi, usus dan saluran kencing.
  • Darah tidak membeku.
  • Keracunan yang teruk boleh menyebabkan bahagian lutut dan lengan atas membengkak dalam masa 2 jam disertai dengan pendarahan.

Posted December 13, 2010 by poorni1989 in HAIWAN

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: