Author Archive

jenis jenis bunga   Leave a comment

Posted December 14, 2010 by poorni1989 in BUNGA

Penutup   Leave a comment

 

 POORNI

Bunga

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Bunga raya

Rudbeckia fulgida

Bunga ialah struktur pembiakan untuk tumbuhan berbunga, iaitu tumbuhan-tumbuhan dalam divisi Magnoliophyta.

Bunga mengandungi organ-organ tumbuhan, dan fungsinya ialah untuk menghasilkan biji-biji melalui pembiakan. Untuk tumbuhan-tumbuhan yang bertaraf lebih tinggi, biji-biji merupakan generasi yang berikut, dan bertindak sebagai cara yang utama untuk penyebaran individu-individu sesuatu spesies secara luas. Selepas persenyawaan, sebahagian daripada bunga itu akan berkembang menjadi buah yang mengandungi biji-biji.

//

[sunting] Anatomi bunga

Organ-organ yang berlainan dalam tumbuhan berbunga menghasilkan dua jenis spora pembiakan, iaitu debunga (spora jantan) dan ovul (spora betina). Bagaimanapun, kedua-dua jenis spora ini berada bersama-sama dalam strobilus (iaitu sekumpulan sporofil yang kelihatan seakan-akan kon) bisporangiat (terdiri daripada mikrosporofil dan megasporofil) yang merupakan bunga yang tipikal.

Bunga dianggap sebagai tangkai terubah suai (Eames, 1961). Buku-buku pada ruas yang pendek menghasilkan struktur-struktur yang dapat diubah suai untuk menjadi daun. Pada dasarnya, sebuah struktur bunga terbentuk pada tunas terubah suai atau paksi yang mempunyai meristem apeks yang tidak bertumbuh secara berterusan. Tangkai digelarkan pedikel, dan hujungnya mempunyai torus atau pudung. Bahagian-bahagian bunga diatur dalam bentuk sepusar di sekeliling torus. Terdapat empat bahagian atau sepusar yang utama (bermula daripada bawah bungga atau buku terendah naik ke atas) seperti berikut:

  • kaliks – merupakan sepusar sepal yang luar; biasanya, ini berwarna hijau, tetapi kelihatan seolah-olah kelopak dalam sebilangan spesies;
  • korola – merupakan sepusar kelopak; biasanya nipis, lembut dan berwarna-warni untuk menarik serangga supaya dapat membantu proses pendebungan.
  • androesium (daripada bahasa Greek andros oikia: rumah lelaki) – terdiri daripada satu atau dua sepusar stamen, dengan setiap stamen merupakan sebatang filamen yang mempunyai anter pada hujungnya untuk menghasilkan debunga. Debunga mengandungi gamet jantan.
  • ginesium (daripada bahasa Greek gynaikos oikia: rumah perempuan) – terdiri daripada satu atau lebih pistil. Karpel ialah organ pembiakan betina yang mengandungi ovari serta ovul-ovul yang mengandungi gamet betina. Sebatang pistil mungkin terdiri daripada satu karpel yang tunggal atau sebilangan karpel yang digabungkan bersama-sama untuk menjadikan satu pistil bagi setiap bunga (bunga yang sebegini digelarkan apokarpa). Stigma, iaitu bahagian hujung pistil yang lekit, ialah penerima debunga. Stil, iaitu tangkai yang menyangga stigma, menjadi laluan untuk penumbuhan tiub debunga dari butir-butir debunga yang terlekat pada stigma ke ovul, dan membawa bahan-bahan pembiakan.

 

Tulip – androesium dan ginesium

[sunting] Penyimpangan daripada pelan struktur yang tipikal

Walaupun struktur bunga yang dihujahkan diatas dianggap sebagai pelan struktur yang “tipikal”, spesies-spesies tumbuhan menunjukkan kepelbagaiaan pengubahsuaian yang luas daripada pelan ini. Pengubahsuaian-pengubahsuaian ini adalah penting dalam evolusi tumbuhan berbunga dan digunakan oleh ahli-ahli botani untuk mengasaskan hubungan antara spesies-spesies tumbuhan. Umpamanya, kedua-dua subkelas tumbuhan berbunga dapat dibezakan melalui bilangan organ bunga dalam setiap sepusar: dikotiledon biasanya mempunyai 4 atau 5 organ (atau angka kandungan 4 atau 5) dalam setiap sepusar, dan monokotiledon mempunyai tiga atau angka kandungan tiga. Sebatang pistil majmuk mungkin mempunyai hanya dua karpel, ataupun langsung tidak mempunyai kaitan dengan generalisasi monokot dan dikot yang dihuraikan di atas.

Dalam kebanyakan spesies, bunga-bunganya mempunyai kedua-dua pistil dan stamen seperti yang diperihalkan di atas. Bunga-bunga ini ditakrif oleh ahli-ahli botani sebagai sempurna, dwiseksual, atau hermafrodit. Bagaimanapun, dalam sebilangan spesies tumbuhan, bunganya tidak sempurna atau uniseks, iaitu mempunyai hanya bahagian jantan (stamen) atau betina (pistil). Dalam kes tersebut di mana sebuah tumbuhan adalah jantan atau betina, spesies itu dianggap sebagai tumbuhan diesisme. Bagaimanapun, jika bunga jantan dan bunga betina bertumbuh dalam tumbuhan yang sama, spesies itu dianggap sebagai tumbuhan monesisme.

Tangkap padat untuk bunga Day lily yang menunjukkan enam stamen bersama-sama dengan stigma dan stil pistil

Sebilangan bunga mempunyai kedua-dua stamen dan pistil yang berupaya untuk penswasenyawaan. Sifat ini meningkatkan kemungkinan untuk menghasilkan biji tetapi mengehadkan kelainan genetik. Kes penswasenyawaan yang keterlaluan terjadi dalam bunga-bunga yang selalu mensenyawakan sendiri, seperti bunga dandelion. Sebaliknya, banyak spesies tumbuhan mempunyai jara untuk menghalangkan penswasenyawaan. Bunga jantan dan bunga betina dalam tumbuhan yang sama tidak akan muncul pada masa yang sama, atau debunga daripada pokok yang sama tidak berupaya mempersenyawakan ovul-ovulnya. Jenis bunga-bunga terakhir ini yang mempunyai penyekat kimia untuk debunga sendiri dirujuk sebagai “mandul sendiri” atau “tak serasi sendiri” (sila lihat: Keseksualan tumbuhan).

Perbincangan tambahan tentang pengubahsuaian bunga daripada pelan asas diberikan dalam rencana-rencana bagi setiap bahagian asas bunga. Bagi spesies-spesies yang mempunyai lebih daripada satu bunga pada paksinya, koleksi bunga itu diistilahkan sebagai infloresen. Dari segi ini, perhatian mesti diambil untuk mempertimbangkan apakah itu “bunga”. Umpamanya dalam istilah botani, sekuntum bunga daisi atau bunga matahari yang tunggal tidak dianggap sebagai sekuntum bunga, tetapi sebaliknya, sebagai kepala bunga — satu infloresen terdiri daripada banyak bunga yang kecil (kekadang digelarkan “floret”). Anatomi untuk setiap bunga kecil itu mungkin mengambil bentuk yang dihuraikan di atas.

[sunting] Rumus bunga

Rumus bunga ialah cara untuk melambangkan struktur bunga melalui huruf, angka dan simbol yang khusus. Biasanya, rumus am digunakan untuk mewakili struktur bunga untuk sesuatu famili tumbuhan, dan bukannya untuk sesuatu spesies yang khusus. Perlambangan yang berikut telah digunakan:

[sunting] Fungsi bunga

Butir-butir debunga pada stigma bunga lili

Fungsi bunga ialah untuk menjadi pengantara bagi penyatuan gamet jantan dan gamet betina. Proses ini diistilahkan sebagai pendebungaan. Banyak bunga bergantung kepada angin untuk menggerakkan debunga antara bunga-bunga spesies yang sama. Ada juga yang bergantung kepada haiwan, khususnya serangga untuk berbuat demikian. Tempoh masa yang mana proses ini dapat dilakukan (iaitu bunga telah menjadi matang dan berfungsi) digelarkan antesis.

Banyak bunga dalam [alam semula jadi]] telah dievolusikan untuk menarik haiwan-haiwan untuk mendebungakan bunga. Pergerakan-pergerakan agen pendebungaan memberikan peluang untuk penggabungan semula genetik dalam populasi tumbuhan yang tersebar. Bunga yang didebungakan oleh serangga dinamakan bunga berentomofili (secara harfiah, “cinta akan serangga”).

Bunga-bunga biasanya mempunyai kelenjar yang digelarkan nektarin pada berbagai-bagai bahagiannya untuk menarik haiwan-haiwan. Burung dan lebah merupakan pendebunga yang biasa: kedua-dua haiwan ini mempunyai penglihatan warna dan memilih bunga yang berwarna-warni. Sebilangan bunga mempunyai corak-corak yang dinamakan panduan madu bunga yang menunjukkan tempat madu bunga kepada pendebunga-pendebunga; corak-corak hanya dapat dilihat oleh kita di bawah cahaya ultraunggu, tetapi corak-corak itu boleh dinampak oleh lebah-lebah dan sebilangan serangga yang lain.

Bunga-bunga juga menarik pendebunga-pendebunga melalui bau. Banyak bau adalah harum bagi kita, tetapi bukan kesemuanya. Sebilangan tumbuhan, seperti Rafflesia, titan arum, dan pawpaw Amerika Utara (Asimina triloba) didebungakan oleh lalat dan oleh itu, menghasilkan bau daging basi. Bagaimanapun, pendebunga-pendebunga tertarik kepada tumbuhan, mungkin disebabkan hendak mencari madu bunga untuk makan. Penyusunan stamen memastikan bahawa butir-butir debunga dipindahkan kepada tubuh-tubuh pendebunga. Dalam pengumpulan madu bunga daripada banyak bunga dalam spesies yang sama, pendebunga memindahkan butir-butir debunga yang terlekat pada tubuhnya antara semua bunga yang dilawati.

Bunga-bunga untuk spesies yang lain diperdebungakan oleh angin (umpamanya rumput-rumput); oleh sebab bunga-bunga ini tidak perlu menarik pendebunga, bunganya tidak begitu menonjol. Bunga-bunga yang didebungakan oleh angin dirujuk sebagai bunga beranemofi. Sedangkan butir-butir bunga berentomofili cenderung bersifat besar, melekat, serta kaya dengan protein (lagi satu “faedah” untuk pendebunga), butir-butir debunga untuk bunga beranemofili biasanya kecil, amat ringan, dan tidak mempunyai banyak nilai pemakanan kepada serangga walaupun ia masih dikumpulkan semasa kekurangan makanan. Lebah madu dan kumbang bumbel berkumpul debunga jagung secara aktif, walaupun debunga ini tidak berguna kepada serangga-serangga itu.

Terdapat banyak kekeliruan tentang peranan bunga dalam alergi. Umpamanya, pokok Solidago (bahasa Inggeris: goldenrod) yang bersifat entomofili sering disalahkan untuk rinitis alergi, walaupun debunganya bukan debunga bawaan udara. Sebaliknya, alergen untuk penyakit itu biasanya ialah debunga Ambrosia (bahasa Inggeris: ragweed) yang bersifat anemofili dan dapat melayang-layang sehingga beberapa kilometer.

[sunting] Bunga untuk berkebun dan hortikultur

Rencana utama dan rencana berkait: Perkebunan, Hortikultur, Senarai bunga, dan Bidang Penggubahan Bunga

[sunting] Bunga dalam kehidupan harian

Pada masa yang moden ini, orang-orang telah menanam, membeli, memakai ataupun hanya mendekati bunga-bunga dan pokok-pokok yang sedang berbunga, sebahagiannya kerana bau bunga yang harum. Di seluruh dunia, penjual-penjual bunga menjual bunga untuk pelbagai kejadian dan majlis:

“Stargazer”, satu kacukan Lilium, amat wangi.

  • Untuk kelahiran atau pembaptisan
  • Sebagai korsaj atau bunga hiasan yang dipakai untuk majlis sosial atau untuk percutian
  • Sebagai bunga perkahwinan untuk majlis perkahwinan dan perhiasan dewan
  • Sebagai perhiasan untuk menerangi rumah
  • Sebagai hadiah pengingatan untuk majlis selamat jalan, parti selamat pulang, dan hadiah “rindu akan anda”
  • Sebagai bunga upacara pengebumian dan penyataan rasa simpati terhadap orang yang sedang berdukacita.

Penjual-penjual bergantung kepada serangkaian penanam komersil dan pengangkut untuk mendukung perdagangan ini. Untuk memperoleh bunga-bunga di luar musim negara sendiri, penjual bunga menghubungi pemborong dan pengimport yang mempunyai perhubungan langsung dengan penanam-penanam di negara lain untuk membekalkan bunga-bunga tersebut.

[sunting] Bunga sebagai lambang

Banyak bunga mempunyai perlambangan yang penting dalam kebudayaan. Bidang untuk pemberian maksud kepada bunga-bunga dikenali sebagai floriografi. Sebilangan daripada contoh-contoh yang lebih biasa adalah seperti berikut:

  • Bunga ros diberikan sebagai simbol untuk cinta, kecantikan, dan keghairahan.
  • Bunga popi ialah lambang untuk menyenangkan hati pada masa terdapat kematian. Di United Kingdom, Australia dan Kanada, bunga popi merah dipakai untuk memperingati askar-askar yang maut dalam peperangan.
  • Bunga iris/lili digunakan untuk pengebumian sebagai lambang untuk merujuk kepada “menghidupkan semula/hidup”. Bunga-bunga ini juga dikaitkan kepada bintang-bintang (matahari) disebabkan kelopaknya yang kilat.
  • Bunga daisi ialah lambang untuk kesucian hati.

Bunga-bunga dalam seni biasanya melambangkan alat kelamin wanita, seperti yang dapat diperlihatkan dalam karya-karya ahli seni lukis seperti Georgia O’Keefe, Imogen Cunningham, dan Judy Chicago.

Alamanda/Bunga Loceng Kuning

Bunga Kertas/Begonia

Clivia miniata

Epilobium Angustifolium

Geranium sylvaticum

Hydrangea macrophylla

Mammilaria gigantea

Posted December 13, 2010 by poorni1989 in Uncategorized

HAIWAN LIAR   Leave a comment

Burung raja udang ini terlekat pada batang kayu yang bersalut gam tikus yang sengaja diletakkan ditepi kolam ikan keli.

Ini adalah kolam ikan keli yang terpaksa ditutup dengan jaring untuk mengelakkan menjadi mangsa burung raja udang yang sangat suka meyambar ikan disini tak kira pagi atau petang.

Akhirnya dua ekor burung raja udang yang sangat aggresif dan bersuara nyaring ini terperangkap.
Paruhnya sangat kuat. Jika kena patuk boleh terluka.

Oleh kerana bulu sayapnya sudah terlekat gam, burung ini tidak boleh terbang.

Kasihan pula. Nak bela memang tak boleh, sebab dia tidak mahu makan walaupun disuap.

Hendak dilepaskan dia tidAk lagi mampu terbang.


Jadi saya letakkan dalam sangkar, sementara menunggu seorang ustaz yang ingin membelanya.
Kata ustaz burung raja udang tak boleh dimakan.

KE HALAMAN Urut Tradisional

Posted by jari emas tawakal at 7:45 AM 0 comments Links to this post

//

Saturday, August 8, 2009

Ular berbisa

Mengenal Jenis Ular BerbisaOleh Rosman Ahmad
Pusat Racun Negara, USM

Panduan mencegah gigitan ular

SEJAK dahulu lagi ular telah dikaitkan dengan kejahatan dan kehinaan, maka disebabkan oleh perasaan iniah kebanyakan orang akan merasa geli atau takut terhadap ular.

Reaksi spontan biasanya jadi punca ramai orang tidak teragak-agak membunuh ular tanpa memikirkan sama ada ia daripada jenis yang berbisa atau tidak.

Di Malaysia terdapat kira-kira 141 jenis ular yang berhabitat sama ada di air atau di darat. Daripada jumlah ini hanya 16 jenis ular di darat dan 21 jenis ular laut yang dikenal pasti berbisa.

Ular darat seperti ular tedung, ular katam tebu dan ular kapak tergolong daripada ular yang berbahaya dan selalunya didapati berhampiran dengan tempat kediaman atau kawasan kerja. Manakala ular laut, hampir kesemuanya mempunyai bisa dan boleh dianggap berbahaya.

Ular yang berbisa biasanya mempunyai taring sama ada panjang dan boleh digerak-gerakkan (bagi ular kapak) ataupun yang berkedudukan tetap (bagi Ular tedung, ular katam tebu, ular pantai ataupun ular laut) di bahagian atas rahang. Taring-taring ini biasanya beralur (bagi Elapidae) ataupun alur yang bertaup membentuk seperti jarum hipodermik (bagi kumpulan Viperidae) supaya bisa dapat disuntik ke dalam tubuh mangsa.

Racun atau bisa ular tersimpan pada kelenjar yang terletak di kiri dan kanan pipi dan disalurkan ke taring melalui duktus. Seekor ular berkeupayaan mengawal jumlah bisa yang disuntikkan ke tubuh mangsa dan biasanya tidak akan menghabiskan kesemua bisa pada satu gigitan.

Bisa ular biasanya mengandungi bahan-bahan racun haemotoksin, neurotoksin dan myotoksin. Kesemua racun ini terdapat pada setiap ular tetapi hanya salah satu daripadanya lebih dominan dan mendatangkan kesan kepada mangsa – bergantung kepada jenis ular.

Ular dari keluarga Elapidae mempunyai bahan racun saraf (neurotoksin), keluarga Viperidae pula bahan racun jenis darah (haemotoksin) manakala keluarga Hydropidae pula mempunyai bahan racun otot (myotoksin).

Di samping bahan-bahan ini, bisa juga mengandungi sejenis enzim yang dipanggil hyaluronidase yang bertindak sebagai mangkin bagi meningkatkan penyebaran bisa ke saluran darah ataupun saraf. Bisa ular mempunyai dua fungsi yang utama:

  • Bertujuan melumpuhkan atau membunuh mangsa.
  • Bertindak sebagai ejen penghadaman.

Ular berbisa terbahagi kepada 3 keluarga yang utama:

Keluarga Elapidae:

Jenis ular yang tergolong di dalam keluarga ini ialah: UIar katam tebu, ular katam belang, ular katam kepala merah, ular matahari biru, ular pantai belang, ular pantai bintik, ular pantai bintik kecil, ular tedung hitam dan ular tedung selar.

Ular jenis ini mempunyai taring yang tetap di bahagian hadapan rahang atas. Kesemua ahli keluarga Elapidae adalah berbisa dan amat berbahaya pada manusia. Bisa ular kumpulan Elapidae bertindak kepada sistem saraf mangsa.

Antara tanda-tanda keracunan bisa ular jenis ini ialah:

Jenis tedung:

  • Kesakitan pada tempat gigitan dalam masa setengah jam.
  • Bahagian bekas gigitan membengkak (selepas 1 jam digigit)
  • Lemah-lemah badan.
  • Pengeluaran air liur yang berlebihan.
  • Mengantuk.
  • Lumpuh pada otot-otot muka, bibir, lidah dan saluran pernafasan.
  • Tekanan darah menurun.
  • Mata kuyu (ptosis).
  • Pandangan menjadi kabur.
  • Sawan (konvulsi).
  • Badan berpeluh.

Dalam kes-kes teruk tanda-tanda berikut adalah nyata:

  • Komplikasi kardiovaskular.
  • Hipotensi.
  • Sakit yang amat sangat pada bahagian perut.



Jenis katam tebu:

  • Biasanya gigitan ular jenis ini tidak meninggalkan kesan kesalutan yang teruk.
  • Jangka masa kesakitan juga tidak berlarutan.
  • Tiada kesan bengkak atau perubahan warna kulit pada tempat gigitan.
  • Tanda-tanda lain adalah serupa dengan kesan gigitan tedung.

Ular matahari

  • Kesakitan pada bekas gigitan.
  • Bekas gigitan membengkak.
  • Kudis terjadi pada tempat gigitan.
  • Gangguan pernafasan

Nota: Keracunan yang teruk dapat dikenal pasti dengan tanda-tanda toksin saraf dalam masa 1 jam.Ular Keluarga Viperidae:

Di Malaysia, jenis ular yang tergolong dalam keluarga ini adalah semua jenis ular kapak. Ular kapak bodoh, ular kapak sumatra, ular kapak gunung, ular kapak tokong, ular kapak kapak hidung pipeh, ular kapak bakau, ular kapak hijau.

Ular dari keluarga ini amat mudah dikenali berdasarkan kepalanya yang seakan-akan bentuk segi tiga. Di antara mata dan lubang hidungnya terdapat lubang (pit) yang berfungsi sebagai deria pengesan haba yang amat sensitif kepada haiwan berdarah panas.

Kelenjar racun ular ini terletak di kedua beleh pipinya dan biasanya bertindak terhadap sistem saluran darah dan tisu yang menyebabkan berlakunya pendarahan samn ada di luar atau di dalam.

Antara tanda-tanda gigitan ular jenis ini ialah:

  • Sakit yang amat sangat pada tempat gigitantan (dalam masa 5 minit)
  • Bekas gigitan akan membengkak dan perubahan warna akan berlaku pada kulit dalam masa setengah jam.
  • Pendarahan yang tidak berhenti pada kesan gigitan.
  • Pendarahan pada gusi, usus dan saluran kencing.
  • Darah tidak membeku.
  • Keracunan yang teruk boleh menyebabkan bahagian lutut dan lengan atas membengkak dalam masa 2 jam disertai dengan pendarahan.

Ular keluarga Hydropidae:

Terdapat 21 jenis ular laut di Malaysia dan kesemuanya tergolong di dalam keluarga ini. Ular laut mempunyai ekor yang pipeh seperti dayung dan biasanya berkepala kecil.

Semua ular laut adalah berbisa dan kebanyakan spesis mempunyai bisa yang bertindak terhadap sistem otot mangsa. Kesan bisa dari gigitan ular laut hanya dapat dirasakan selepas setengah jam. Semua ular laut adalah berbisa dan kebanyakan spesis mempunyai bisa yang bertindak terhadap sistem otot mangsa. Kesan bisa dari gigitan ular laut hanya dapat dirasakan selepas setengah jam.

Antara tanda-tandanya adalah:

  • Kesakitan pada otot-otot.
  • Kesukaran untuk menggerakkan kaki dan tangan.
  • Dalam jangka masa 1 hingga 2 jam, mangsa akan merasakan kesakitan yang amat sangan apabila menggerakkan anggota badan.
  • Dalam jangka masa 3 hingga 6 jam air kencing akan berubah menjadi perang gelap.


Langkah berjaga-jaga:

Selalunya ular tidak akan menyerang manusia, malah ular sebenarnya takut kepada manusia. Kebanyakan kes gigitan ular terjadi apabila ular terkejut, terpijak ataupun tempat kediamannya diganggu oleh manusia sama ada secara sengaja ataupun tidak. Oleh itu anda patut berjaga-jaga:

  • Elakkan daripada cuba menangkap ular atau mengganggu ular.
  • Berhati-hati apabila bekerja di kawasan yang menjadi habitat ular seperti di kawasan sawah padi ataupun semak. Jangan sekali-kali memasukkan, tangan atau kaki ke tempat yang mana dipercayai terdapat ular seperti di celah batu, di bawah tunggul kayu dan sebagainya, sekiranya perlu gunakan kayu terlebih dahulu.
  • Sekiranya nampak ular sedang tidur atau berehat, jangan mengusik atau mengejutkannya. la selalunya akan mematuk sekiranya diganggu.
  • Seandainya anda terserempak dengan ular, jangan cuba lari, tapi berhenti dan jangan bergerak, selalunya ular akan berlalu pergi. Petua ini juga berkesan ke atas ular laut, sekiranya anda bekerja di kawasem pantai atau muara sungai yang berair cetek.
  • Ular laut adalah tidak agresif, kebanyakan kejadian gigitan ular laut ialah apabila manusia mengganggu atau memegangnya secara kasar. Jika anda terserempak dengan sekumpulan ular laut, jangan menghampirinya kerana mungkin ketika itu musim mengawan dan kebanyakan ular amat agresif pada masa tersebut.
  • Pakai pakaian tebal seperti kasut kulit atau but separas lutut, sarung tangan, seluar panjang, baju lengan panjang dan topi ketika bekerja di kawasan yang menjadi habitat ular.
  • Kebanyakan ular berbisa keluar pada waktu malam yang panas, oleh itu berhati-hatilah apabila berjlan pada waktu malam. Jangan berjalan dalam gelap, bawalah lampu suluh dan sebagainya.
  • Semasa berkhemah, bersihkan sekeliling khemah daripada semak-samun, sampah-sarap ataupun batu-batu terlebih dahulu. Jangan sekali-kali tidur di luar khemah. Kehangatan badan anda akan menarik perhatian ular terutama jenis ular kapak. Buang atau tanam makanan yang tidak habis jauh dari kawasan perkhemahan, kerana makanan yang bersepah akan menarik perhatian tikus dan seteruanya menarik perhatian ular.

Jika anda digigit ular:

  • Cuba bunuh ular tersebut kerana ia penting, bagi tujuan mengenal pasti antivenin bagi bisa ular tersebut. Ini adalah bagi mengelakkan daripada kesilapan menyuntik antivenin yang salah, ia tidak hanya sia-sia malah juga boleh membahayakan nyawa si mangsa.
  • Tetapi jangan membuang terlalu banyak masa untuk membunuh ular itu kerana rawatan awal kepada mangsa adalah lebih penting.
    Di samping itu amat dikhuatiri ketika sibuk membunuh ular itu ia mungkin akan digigit sekali lagi.
  • Untuk membunuh ular, gunakan kayu panjang, jika boleh gunakan buluh. Pukul dengan kuat di bahagian belakang kepala ular tersebut tetapi seboleh-bolehnya jangan hancurkan kepalanya kerana ular juga boleh dikenal pasti dari bentuk kepalanya.
    Sekiranya percubaan membunuh ular tersebut tidak berjaya, mencukupi jika anda dapat mengingati saiz dan corak warna ular tersebut.
  • Walaupun ular tersebut telah mati, anda haruslah berhati-hati ketika memegangnya. Jangan cuba mengusik kawan atau bermain-main dengannya kerana berkemungkinan ular tersebut masih hidup.
    Walaupun ular tersebut telah mati, bisanya masih boleh membahayakan sekiranya tersuntik ke tubuh sehingga 1 jam setelah ular tersebut mati.

Nota: Antivenin adalah dadah yang diproses khas dari bisa ular yang boleh digunakan sebagai antidot kepada gigitan ular.

Antivenin adalah spesifik kepada sesuatu jenis ular. Jika tersilap memberikan antivenin ia boleh membawa maut. Terdapat sejenis antivenin yang dipanggil antivenin Polivalent yang mana ia boleh digunakan untuk merawat semua jenis bisa gigitan ular.


Posted December 13, 2010 by poorni1989 in HAIWAN

HAIWAN MAMALIA   Leave a comment

Haiwan Perliharaan
 

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, haiwan membawa maksud binatang iaitu makhluk yang bernyawa dan tidak berakal. Peliharaan pula membawa maksud yang dipelihara. Oleh itu, haiwan peliharaan pula membawa maksud binatang yang dipelihara oleh seseorang.

Terdapat berbagai-bagai jenis haiwan di muka bumi ciptaan Allah S.W.T. ini. Tetapi haiwan-haiwan yang popular yang menjadi rebutan ramai untuk dijadikan haiwan peliharaan. Ianya adalah kucing, ikan, burung dan anjing. Di bawah ini tercatat serba ringkas mengenai empat haiwan ini.

Kucing ialah sejenis haiwan yang kecil, berbulu lembut dan tebal. Ianya tergolong di dalam spesies mamalia. Haiwan ini pada asalnya dipelihara untuk dijadikan pemangsa untuk menangkap tikus tetapi dengan peredaran masa yang semakin ke hadapan, kucing tidak lagi digunakan untuk menangkap tikus tetapi telah didomestikan. Pada masa kini, kucing telah dijadikan sebagai satu bahan untuk dipertandingkan di peringkat antarabangsa. Banyak pertandingan-pertandingan kucing tercantik telah diadakan di seluruh dunia. Terdapat dua spesies kucing yang menjadi kegilaan kepada peminat-peminat kucing, iaitu kucing siam dan kucing parsi.

Seterusnya kita beralih pula kepada spesies ikan. Ikan adalah sejenis haiwan yang hidup di dalam air dan bernafas melalui insang. Terdapat dua jenis habitat bagi ikan iaitu air tawar dan air masin. Ikan air tawar yang paling popular untuk dijadikan haiwan peliharaan adalah ikan kelisa dan ikan lohan. Manakala ikan air masin yang paling popular adalah angle fish dan dragon fish. Ikan-ikan ini dijadikan haiwan peliharaan adalah kerana mempunyai rupa bentuk dan warna yang menarik dan lain daripada yang lain. Selain dijadikan haiwan peliharaan, ikan juga dijadikan salah satu sumber bahan makanan bagi manusia di seluruh dunia. Ini kerana, spesies ikan adalah salah satu sumber protein yang paling penting.

Mari kita sambung dengan spesies burung pula. Burung adalah sejenis haiwan yang berbulu, berkaki dua, bersayap dan biasanya ianya boleh terbang. Ia juga dikenali sebagai unggas. Mengikut kajian yang telah dibuat, terdapat lebih daripada 8,600 spesies burung di dunia ini dan ianya dapat dibahagikan kepada 27 kumpulan berbeza. Daripada 27 kumpulan, terdapat dua kumpulan burung yang menjadi haiwan peliharaan kepadat peminat-peminatnya iaitu Galliformes ( ayam, itik ) dan Psittaciformes ( kakak tua ). Burung-burung dari kumpulan ini menjadi rebutan kerana ianya mempunyai warna yang menarik dan mempunyai kebolehan tersendiri, contohnya kebolehan bercakap. Antara burung-burung ini adalah ayam serama dan burung kakak tua. Untuk pengetahuan anda semua, ada sesetengah burung juga dapat dijadikan juadah makanan.

Sampailah kita kepada haiwan peliharaan yang terakhir, iaitu anjing. Anjing juga berada di dalam keluarga mamalia. Sifat anjing yang paling ketara adalah menyalak. Kenapa haiwan ini menjadi salah satu haiwan peliharaan yang popular? Ini kerana sifat agresifnya dan ganas dapat memberikan perlindungan kepada si pemiliknya. Antara contoh haiwan ini adalah German Shepherd dan Bulldog.
Di sini dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa haiwan-haiwan perliharaan ini dapat menjadi teman kepada manusia untuk menghilangkan rasa bosan dan kesunyian. Selain itu, haiwan-haiwan ini juga dapat memberikan perlindungan kepada manusia dan juga dapat dijadikan salah satu sumber makanan kepada kita. Oleh itu, kita hendaklah mempunyai rasa kasih saying dan kasihan kepada haiwan-haiwan di muka bumi. Ianya juga adalah salah satu makhluk yang telah diciptakan oleh Allah S.W.T. Sekian, terima kasih. 

Haiwan Perliharaan


 

 

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, haiwan membawa maksud binatang iaitu makhluk yang bernyawa dan tidak berakal. Peliharaan pula membawa maksud yang dipelihara. Oleh itu, haiwan peliharaan pula membawa maksud binatang yang dipelihara oleh seseorang.

 


Terdapat berbagai-bagai jenis haiwan di muka bumi ciptaan Allah S.W.T. ini. Tetapi haiwan-haiwan yang popular yang menjadi rebutan ramai untuk dijadikan haiwan peliharaan. Ianya adalah kucing, ikan, burung dan anjing. Di bawah ini tercatat serba ringkas mengenai empat haiwan ini.


 


Kucing ialah sejenis haiwan yang kecil, berbulu lembut dan tebal. Ianya tergolong di dalam spesies mamalia. Haiwan ini pada asalnya dipelihara untuk dijadikan pemangsa untuk menangkap tikus tetapi dengan peredaran masa yang semakin ke hadapan, kucing tidak lagi digunakan untuk menangkap tikus tetapi telah didomestikan. Pada masa kini, kucing telah dijadikan sebagai satu bahan untuk dipertandingkan di peringkat antarabangsa. Banyak pertandingan-pertandingan kucing tercantik telah diadakan di seluruh dunia. Terdapat dua spesies kucing yang menjadi kegilaan kepada peminat-peminat kucing, iaitu kucing siam dan kucing parsi.



 

 


Seterusnya kita beralih pula kepada spesies ikan. Ikan adalah sejenis haiwan yang hidup di dalam air dan bernafas melalui insang. Terdapat dua jenis habitat bagi ikan iaitu air tawar dan air masin. Ikan air tawar yang paling popular untuk dijadikan haiwan peliharaan adalah ikan kelisa dan ikan lohan. Manakala ikan air masin yang paling popular adalah angle fish dan dragon fish. Ikan-ikan ini dijadikan haiwan peliharaan adalah kerana mempunyai rupa bentuk dan warna yang menarik dan lain daripada yang lain. Selain dijadikan haiwan peliharaan, ikan juga dijadikan salah satu sumber bahan makanan bagi manusia di seluruh dunia. Ini kerana, spesies ikan adalah salah satu sumber protein yang paling penting.


 


Mari kita sambung dengan spesies burung pula. Burung adalah sejenis haiwan yang berbulu, berkaki dua, bersayap dan biasanya ianya boleh terbang. Ia juga dikenali sebagai unggas. Mengikut kajian yang telah dibuat, terdapat lebih daripada 8,600 spesies burung di dunia ini dan ianya dapat dibahagikan kepada 27 kumpulan berbeza. Daripada 27 kumpulan, terdapat dua kumpulan burung yang menjadi haiwan peliharaan kepadat peminat-peminatnya iaitu Galliformes ( ayam, itik ) dan Psittaciformes ( kakak tua ). Burung-burung dari kumpulan ini menjadi rebutan kerana ianya mempunyai warna yang menarik dan mempunyai kebolehan tersendiri, contohnya kebolehan bercakap. Antara burung-burung ini adalah ayam serama dan burung kakak tua. Untuk pengetahuan anda semua, ada sesetengah burung juga dapat dijadikan juadah makanan.


 


Sampailah kita kepada haiwan peliharaan yang terakhir, iaitu anjing. Anjing juga berada di dalam keluarga mamalia. Sifat anjing yang paling ketara adalah menyalak. Kenapa haiwan ini menjadi salah satu haiwan peliharaan yang popular? Ini kerana sifat agresifnya dan ganas dapat memberikan perlindungan kepada si pemiliknya. Antara contoh haiwan ini adalah German Shepherd dan Bulldog.

 


Di sini dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa haiwan-haiwan perliharaan ini dapat menjadi teman kepada manusia untuk menghilangkan rasa bosan dan kesunyian. Selain itu, haiwan-haiwan ini juga dapat memberikan perlindungan kepada manusia dan juga dapat dijadikan salah satu sumber makanan kepada kita. Oleh itu, kita hendaklah mempunyai rasa kasih saying dan kasihan kepada haiwan-haiwan di muka bumi. Ianya juga adalah salah satu makhluk yang telah diciptakan oleh Allah S.W.T. Sekian, terima kasih.

Posted December 13, 2010 by poorni1989 in HAIWAN

HAIWAN REPTILIAH   Leave a comment

TOKEK : REPTILIA PALING POPULAR MASA KINI

Picture

Akhir-akhir ini gelombang populariti sejenis reptilia bergelar tokek turut di rasa di Daerah Kunak ini, terutama di kalangan anak-anak muda. Ramai yang menjadikan memburu dan menjual tokek sebagai mata pencarian.Harga tokek dikatakan mencecah sehingga RM 1 juta sekilogram dan hanya tokek seberat tidak kurang 200 gm yang ada nilai di pasaran.

Enzim yang dihasilkan oleh tokek dikatakan boleh digunakan untuk merawat penyakit AIDS. Namun begitu, belum ada kajian klinikal atau dokumentasi sah sejauh mana kebenaran dakwaan itu.Dikatakan bahawa seekor tokek seberat 64 kilogram (klik untuk maklumat lanjut) pernah ditemui di Kalabakan, Tawau dan telah dijual dengan harag RM 64juta kepada seorang pembeli yang mengekspotnya ke negeri Cina.Nama saintifik tokek ialah Gekko gecko. Ia termasuk dalam kelas haiwan reptilia dan suborder Sauria, iaitu semua jenis reptilia bersisik kecuali ular.Menurut rekod sains, tokek jantan boleh mencapai saiz antara 30 hingga 40 sentimeter manakala tokek betina pula antara 20 hingga 30 sentimeter. Berat tokek dewasa ialaha antara 150 hingga 300 gm. Jika benar tokek seberat 64 kg ditemui di Kalabakan, maka ia adalah sesuatu yang amat luar biasa.Kulit tokek berwarna kebiru-biruan atau agak kelabu dengan bintil-bintil kuning, oren, cokelat atau merah tua.   Matanya berwarna cokelat atau cokelat-kehiajuan dengan anak mata tegak memanjang.Apabila seekor tokek jantan mendiami sesuatu kawasan, ia akan mempertahankannya daripada dimasuki oleh tokek jantan lain atau apa jua jenis haiwan. Ia suka hidup bersendirian dan hanya akan berhubung dengan tokek betina pada musim mengawan. Makanan tokek yang utama ialah serangga dan haiwan-haiwan vertebrata kecil.Umur tokek biasanya mencapai antara 7 hingga 10 tahun, namun terdapat tokek peliharaan yang menjangkau usia sehingga 18 tahun.Suara tokek amat nyaring. Bunyi yang biasa didengar adalah bunyi untuk memanggil pasangan seakan berbunyi “TOKEH” atau “GEHKO”. Dari bunyi itulah nama biasa dan nama saintifik reptilia ini diberikan, yang disadur dari istilah Bahasa Melayu, Sunda, Tagalog atau Jawa.


ULAR KAPAK

Picture

Ular Kapak merupakan sejenis ular berbisa dari keluarga Viperidae. Di Malaysia, jenis ular yang tergolong dalam keluarga ini adalah semua jenis ular kapak. Ular Kapak Bodoh, Ular Kapak Sumatra, Ular Kapak Gunung, Ular Kapak Tokong, Ular Kapak Hidung Pipeh, Ular Kapak Bakau, Ular kapak Hijau. Ular dari keluarga Viperidae ini amat mudah dikenali berdasarkan kepalanya yang seakan-akan bentuk segi tiga. Di antara mata dan lubang hidungnya terdapat lubang (pit) yang berfungsi sebagai deria pengesan haba yang amat sensitif kepada haiwan berdarah panas.

Kelenjar racun ular ini terletak di kedua belah pipinya. Bisa daripada ular jenis ini adalah dari jenis racun darah (haemotoksin) dan racun sel (sitolitik) yang biasanya bertindak terhadap sistem saluran darah dan tisu yang menyebabkan berlakunya pendarahan pada mangsa sama ada di dalam atau luar tubuh.

Gigitan ular ini adalah sakit dan akan menjadi bengkak. Sebagaimana keluarga Elapidae, keparahan mangsa gigitan ular ini juga bergantung kepada jumlah racun yang disuntikkan ke tubuhnya dan juga jenis ular yang menggigit.

Mangsa gigitan ular jenis ini biasanya akan mengalami pendarahan kesan daripada luka yang berlaku pada saluran darah dan pencairan darah merah yang mana darah sukar untuk membeku. Pendarahan akan merebak serta-merta dan ia akan berterusan selama beberapa hari. Pendarahan pada gusi, muntah darah, ludah atau batuk berdarah dan air kencing berdarah adalah kesan nyata bagi keracunan bisa ular dari keluarga ini. Walaupun tragedi kematian adalah jarang, kehilangan darah yang banyak akan mengancam nyawa mangsa.

Biasanya, ular kapak akan menggetarkan ekornya apabila didekati ataupun diusik. Ekornya yang bergetar itu apabila terkena kepada rumput atau daun-daun kering akan menghasilkan bunyi yang memberi amaran bahawa ia tidak suka diganggu dan akan mematuk pada bila-bila masa sahaja.

Kedudukan taring Viperidae

Ular dalam keluarga Viperidae yang berbisa biasanya mempunyai taring yang panjang dan boleh digerak-gerakkan.

Kesan Gigitan

Antara tanda-tanda gigitan ular jenis ini ialah:

  • Sakit yang amat sangat pada tempat gigitantan (dalam masa 5 minit)
  • Bekas gigitan akan membengkak dan perubahan warna akan berlaku pada kulit dalam masa setengah jam.
  • Pendarahan yang tidak berhenti pada kesan gigitan.
  • Pendarahan pada gusi, usus dan saluran kencing.
  • Darah tidak membeku.
  • Keracunan yang teruk boleh menyebabkan bahagian lutut dan lengan atas membengkak dalam masa 2 jam disertai dengan pendarahan.

Posted December 13, 2010 by poorni1989 in HAIWAN

Bunga Ros   Leave a comment

Bunga ros berduri. Baunya harum. Pelbagai warna seperti merah, putih, kuning dan merah jambu. Boleh ditanam di mana-mana. Ditanam melalui keratan batang.

Posted December 13, 2010 by poorni1989 in BUNGA

PENGENALAN NEGERI MELAKA   Leave a comment

Melaka ialah sebuah negeri yang terkenal dengan sejarahnya. Melaka terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia serta bersempadan dengan Negeri Johor dan Negeri Sembilan.

Negeri ini ialah negeri yang kedua terkecil selepas Perlis. Keluasannya cuma 1,657 kilometer persegi. Panjangnya dari utara ke selatan ialah 40 kilometer dan lebarnya dari barat ke timur ialah 69 kilometer.

Menurut catatan sejarah, nama Melaka telah lama wujud iaitu daripada nama kesultanan yang diasaskan oleh Parameswara atau Sultan Iskandar Syah . Daripada catatan pedagang Cina yang datang ke Melaka, sudah ada tempat dagangan bernama Melaka. Nama Melaka juga ada disebut dalam ‘Syair Jawa’ bertarikh 1324. Melaka disebut sebagai negeri yang bernaung di bawah Siam dalam tahun 1360.

Nama Melaka pertama kali dikesan penggunaannya adalah pada abad ke -14. Terdapat pelbagai cerita tentang bagaimana Melaka mendapat namanya.Walaubagaimanapun, cerita yang diterima umum ialah cerita yang mengaitkan nama itu dengan sebatang pokok yang disebut pokok Melaka.

Menurut cerita sewaktu Parameswara sedang memburu, tiba-tiba seekor pelanduk putih dengan gagahnya menendang anjing baginda hingga jatuh ke laut. Baginda terpegun dengan peristiwa ganjil itu lantas berpendapat bahawa tempat itu sangat sesuai untuk dijadikan tapak negeri. Mengikut kepercayaan orang Melayu pada zaman itu, kejadian ganjil seumpama itu melambangkan permulaan suatu pekerjaan yang akan menghasilkan kejayaan.

Baginda memerintahkan supaya sebuah negeri dibuka dan negeri itu dinamakan Melaka, mengambil sempena nama pokok tempat baginda sedang berteduh ketika berlakunya peristiwa ganjil itu. Selain itu, ada pendapat yang mengatakan bahawa Melaka berasal dari perkataan ‘Malagas’. Menurut Gasper Correa, penulis sejarah pada tahun 1551 mengatakan bahawa Parameswara melarikan diri ke Melaka, didapati sudah ada penempatan orang Melayu asli dan orang Laut.

Baginda mendapati di muara sungai itu ada sebuah perkampungan nelayan di mana penduduknya melakukan kerja membuat ikan masin untuk dijual kepada pedagang-pedagang yang datang dari luar. Tempat itu dikenali sebagai ‘Malagas’ atau ‘Mulagas’, sempena namanya sebagai pusat menjual ikan masin.
Dalam buku ‘Suma Oriental’, nama Melaka dikatakan berasal daripada perkataan ‘Malaya’ yang bermaksud ‘tempat perlindungan’. Menurut cerita, semasa Parameswara sampai ke Muar, sekumpulan Orang Selat telah bertemu dangan baginda dan memohon supaya baginda merajai mereka di suatu tempat yang lebih sesuai iaitu di Bertam lalu Parameswara bertitah kepada mereka, “kamu semua tahu dalam bahasa kita,seseorang yang melarikan diri itu dipanggil ‘Melayo’, oleh itu baiklah tempat ini dipanggil ‘Malaya’ kerana tempat ini tempat perlindungan kita”.

Pendapat lain pula mengatakan bahawa nama Melaka berasal daripada ‘mirabolanos’ iaitu sejenis buah yang dikeringkan. Nama Melaka juga dikaitkan dengan ‘Malayakolam’ atau ‘Malayaka’ yang bererti ‘negeri orang Melayu’. Nama itu juga mempunyai persamaan dengan nama satu suku yang terdapat di India yang pernah disebut dalam cerita ‘Mahabhrata’.

Posted December 13, 2010 by poorni1989 in NEGERI NEGERI DI MALAYSIA

PENGENALAN NEGERI PAHANG   Leave a comment

LATAR BELAKANG DAERAH JERANTUT

Daerah Jerantut merupakan daerah yang terbesar dalam Negeri Pahang Darul Makmur. Keluasannya ialah 2,900 batu persegi (755,771.93 Hektar). Disempadani oleh Negeri Kelantan dan Terengganu di Utara, Daerah Temerloh dan Maran di Selatan, Daerah Lipis dan Raub di Barat dan Daerah Kuantan dan Negeri Terengganu di Timur. Ia mempunyai 10 buah mukim yang terdiri daripada 295 buah kampung yang ditadbirkan di bawah 58 JKKK. Sebahagian daripada kawasan-kawasan FELDA dan Kampung Tradisional adalah termasuk dalam kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ) iaitu kawasan-kawasan seberang Sungai Pahang dan Sungai Tembeling (daripada sempadan Temerloh/Mukim Burau hingga ke Kg. Merting di Mukim Tembeling).

ASAL USUL

Berdasarkan cerita orang tua-tua bahawa asal usul perkataan “Jerantut” adalah berasal dari perkataan “Jeram” dan “Tut” yang diambil daripada nama orang “Awang Tut” yang sering mengail di kawasan jeram di tengah-tengah Sungai Pahang. Sebelum timbulnya perkataan “Jerantut” Pekan ini dipanggil “Simpang Empat” iaitu satu tempat dimana Jalan Keretapi dari Gemas ke Kota Baharu bersilang dengan jalanraya dari Kuala Lipis ke Kuantan. Mulai tahun 1914 nama “Simpang 4” ditukar kepada “Jerantut”.

(Sumber: Pejabat Daerah Jerantut)

Pejabat Kesihatan Jerantut mula beroperasi pada tahun 1967. Pada masa sekarang pejabat ini beroperasi di pejabat lama Jabatan Kerja Raya Jerantut yang disewa dari Kerajaan Negeri Pahang. Sehingga sekarang, Jabatan ini memberikan pelbagai Perkhidmatan Kesihatan di bandar dan luar bandar meliputi 98,300 penduduk (Sumber Jabatan Perangkaan Malaysia 2008)

Mukim Luas (Hektar) Bancian 2008
Burau 12170.02 3611
Kelola 5698.09 246
Kuala Tembeling 17353.29 2902
Pedah 24605.42 24063
Pulau Tawar 84435.45 23879
Tebing Tinggi 10878.18 3121
Teh 9583.16 8398
Tembeling 135718.33 6411
Hulu Tembeling 416997.16 2704
Jumlah 755771.93 97300

Jumlah Penduduk Daerah Jerantut 2009

1

mapjerantut.jpg

Posted December 13, 2010 by poorni1989 in NEGERI NEGERI DI MALAYSIA

buah buahan tempatan   Leave a comment

 

Buah-buahan tempatan mempunya berbagai khasiat. Antaranya ialah vitamin c, boleh mencegah penyakit dan sebagainya.

Buah 

Buah-Buahan Tempatan

 

Malaysia merupakan sebuah negara yang mengalami iklim yang panas dan lembap sepanjang tahun, disebabkan ia terletak pada kawasan Khatulistiwa. Iklim yang stabil sepanjang tahun ini membolehkan penanaman pelbagai jenis tanaman buah-buahan, yang dinamakan buah-buahan tropika. Buah-buahan di Malaysia boleh dikelaskan kepada 2 kategori, iaitu buah-buahan bermusim dan tidak bermusim. Sebahagian daripadanya ditanam secara komersial untuk nenambahkan hasil pendapatan negara, dan sebahagian lagi adalah ditanam untuk keperluan penduduk tempatan, dan ini dikenali sebagai buah-buahan tempatan. Berikut adalah buah-buahan yang biasa ditanam di Malaysia.Buah Mangga

Mangga ialah buah sepanjang tahun. Ianya boleh diperolehi pada bila-bila masa. Terdapat banyak jenis mangga yang dijual di pasaran. Negeri Selangor juga ada memperkenalkan tanaman mangga madu yang ditanam secara komersil di beberapa tempat. Mangga mempunyai pasaran dan peminatnya yang tersendiri. Mangga yang sudah masak biasanya berkekuningan sehingga keemasan dengan rasa manis. Mangga yang muda juga dijual untuk mereka yang sukakan rasa masam buah ini. Mangga juga boleh dijadikan makanan sampingan seperti jeruk, jus minuman dan lain-lain

Buah Nanas

Panggilan nenas atau nanas di sesetengah tempat tidaklah ketara kerana ianya merujuk kepada sejenis buah yang boleh dipelbagaikan produknya. Kebanyakan tanaman ini ditanam secara komersial di kawasan tanah lapang dan juga di kawasan rumah. Rasanya yang manis membuatkan ramai orang suka membelinya sama ada dimakan begitu sahaja atau pun dimasak untuk dijadikan lauk harian. Selain itu juga, nanas boleh di buat minuman dan dipelbagaikan untuk menambah nilai sebagai produk berasaskan buah nanas.

Jagung

Jagung merupakan bijirin makanan ruji dari Mesoamerica. Jagung ialah jenis yang berbuah sepanjang masa. Jagung boleh dipelbagaikan penggunaanya dalam makanan. Ianya boleh ditanam sebagai tanaman hiliran dengan padi kerana jangkamasa menanam dan menuai yang agak singkat. Ianya boleh mendatangkan pendapatan sampingan sementara menunggu masa di antara tanaman padi.

Durian

Durian adalah dipercayai berasal dari Gugusan Pulau-pulau Melayu. Spesis lain yang terdapat di Malaysia dari genus Durio dan buahnya boleh dimakan adalah termasuk Durio oxyleyanus, D. graveolens, D. dulcis dan D. kutenjensis. Durian didapati ditanam di semua kawasan di Malaysia dan kawasan utama penanaman secara komersial ialah di Perak, Kedah, Kelantan dan Pahang. Adakalanya durian dari luar negara seperti Thailand diimport untuk dijual di pasaran tempatan bagi memenuhi permintaan pengguna. Maklumat kepada anda bahawa durian ialah salah satu buah yang dilarang dibawa masuk ke premis penginapan dan pejabat awam. Ini kerana bau buah durian tentunya menjadi gangguan kerana bau yang kuat tidak akan hilang dalam masa yang singkat dan akan mengundang semut dan lalat.

Posted December 3, 2010 by poorni1989 in BUAH - BUAHAN

GAMBAR BUNGA   Leave a comment

 

 

 

 

 

 

 

Posted November 25, 2010 by poorni1989 in BUNGA